Bila Allah beri ujian kepada kita, janganlah rasa down or putus asa sebab setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita sebagai hamba kita kenalah sentiasa husnudzon dengan Dia, dan redha dengan setiap ujian dari-Nya. Redha itu bukanlah satu pilihan tapi redha itu adalah satu perkara yang harus ditelan. Walau sakit atau perit mana sekalipun belajarlah untuk redhaaa . . .
***La Tahinu Qawiy Lillah . . .***
Dan jangan sesekali malu untuk bertaubat pada Allah. Cari keredhaan Allah. Dekatkan diri kita pada Allah, jangan makin menjauhi Allah. Bila mana kita jauh daripada Dia,, hidup kita, jiwa kita takkan tenang. Syukur, Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk terus mengenal Allah, mendekatkan diri kepada Allah. Kerana aku hanyalah insan biasa yang seringkali alpa pada Allah. Kerana aku hanya insan biasa manusia yang tak sempurna sangat2 tak sempurna, iman yang mudah rapuh, mudah turun naik. Aku cuma hamba yang hinaaaa . . . Sometimes berfikir layak ke aku untuk masuk ke syurga Allah ?? Sedangkan amalku tidaklah sebanyak mana untuk di bawa kelak. Aku tak layak berada di syurga Allah tapi aku juga tak mahu masuk ke neraka Allah, nauzzubillah . . . Sama2lah kita bermuhasabah diri, check balik iman kita. Tingkatkan mana yang ada, jangan sadokan diri je tetapi iman kita juga mestilah sado juga. Diri ini tak petah berbicara tapi sesekali perlu laaa diluahkan juga jangan simpan pendam dalam hati je. Nanti kita juga yang merana.
Bila sedih carilah Allah, bila gembira cari juga Allah. Jangan bila gembira kita lupa pada Allah. Sebab perasaan gembira sedih ni pon datangnya daripada Allah jugak kan ??? Wallhualam . . .
#Tarbiyah itu penting, makanan untuk rohani kitaaa semua . . .